KPF TOPIK 4: PELAKSANAAN PENDIDIKAN NENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

P ELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pelaksanaan pendidikan menurut FPK terbahagi kepada enam, iaitu: Pendidikan adalah satu usaha berterusan. Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi murid. Mendidik secara menyeluruh dan bersepadu. Membangunkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. Berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Proses atau pelaksanaan pendidikan menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah pendidikan adalah satu usaha berterusan, pendidikan ke arah memperkembangkan lagi potensi murid, pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu, membangunkan komponen intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis serta berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Proses pendidikan yang dirangka dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamatnya dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berk...